Tahukah anda bahawa dengan membaca kita dapat menguasai pelbagai ilmu yang lain? Tidak mungkin kita akan dapat menimba ilmu dengan baik sekiranya kita tidak boleh membaca ataupun malas membaca.. Ini kerana apa sahaja ilmu baik Matematik, Sains, Bahasa dan lain-lain memerlukan kita menterjemah 'kumpulan simbol-simbol' (yang kita panggil perkataan) yang memberikan maklumat tentang ilmu yang disampaikan..
Seseorang pelajar perlu banyak membaca..
Pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan membaca untuk pelbagai tujuan.. Antara tujuan membaca bagi seorang pelajar adalah seperti berikut:
- untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
- untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
- untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
- untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Sekian untuk kali ini daripada cikgu..
Jangan jadi macam orang dalam video ni ye, dah tua baru nak belajar membaca.. hehe.. Salam Sayang.. ;-)
he3..lawak yang best atas dunia..
ReplyDeletesalam ziarah...follower 15...saya bakal cikgu =)
ReplyDeleteNurul: Huhu.. memang lawak sgt..
ReplyDeleteCikGu Ma: Terima kasih.. Tahniah kerana anda seorang CIKGU.. ;-)