Monday, 17 October 2011

Banyak Membaca Faedah Berganda

Pada kali ini, cikgu terpanggil untuk menulis tentang topik "membaca"..
Tahukah anda bahawa dengan membaca kita dapat menguasai pelbagai ilmu yang lain? Tidak mungkin kita akan dapat menimba ilmu dengan baik sekiranya kita tidak boleh membaca ataupun malas membaca.. Ini kerana apa sahaja ilmu baik Matematik, Sains, Bahasa dan lain-lain memerlukan kita menterjemah 'kumpulan simbol-simbol' (yang kita panggil perkataan) yang memberikan maklumat tentang ilmu yang disampaikan..
Seseorang pelajar perlu banyak membaca..
Pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan membaca untuk pelbagai tujuan.. Antara tujuan membaca bagi seorang pelajar adalah seperti berikut:
  1. untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
  2. untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
  3. untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
  4. untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
 Tidak akan rugi jika kita banyak membaca malah orang yang banyak membaca akan menjadi kaya dengan ilmu pengetahuan.. Betul tak? Membaca buku akan memberikan berbagai bekalan himah, menghasilkan berbagai pengajaran dan nasihat serta dapat melancarkan lisan dan meningkatkan keupayaan berfikir..
Sekian untuk kali ini daripada cikgu..
Jangan jadi macam orang dalam video ni ye, dah tua baru nak belajar membaca.. hehe.. Salam Sayang.. ;-)

Friday, 23 September 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.. Selautan kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya yang tidak terhingga.. Gugusan salam dan selawat ke atas nabi junjungan mulia, Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda..

Alhamdulillah, blog yang diimpikan berjaya dimulai.. Semoga permulaan ini membawa seribu satu manfaat dan mendapat pengakhiran yang baik juga..

Terlebih dahulu cikgu ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda melawat blog Cikgu Suhaimi Dot Com.. Tujuan cikgu membina blog ini adalah sekadar berkongsi ilmu, pengalaman, cerita dan apa-apa sahaja tentang kehidupan cikgu dan dunia pendidkan.. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya..

Salam sayang..
Cikgu Suhaimi